PENGENALAN
Menurut DSKP, kemahiran menulis dalam kurikulum bahasa Melayu menekankan
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas. Oleh itu, guru perlu mengambil tanggungjawab menjadi pemudahcara dalam
pengajaran bahasa supaya murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran menulis
dengan baik, bahkan mencapai tahap penguasaan yang cemerlang dalam semua
kemahiran bahasa yang lain. Untuk pengumpulan data awal, penyelidik menggunakan
kaedah analisis dokumen yang diperoleh daripada lembaran kerja dalam buku latihan
bahasa Melayu murid-murid tahun empat. Berdasarkan pemerhatian terhadap lembaran
kerja murid-murid tersebut, penyelidik mengenal pasti bahawa terdapat murid yang tidak
dapat membuat perbezaan ejaan bagi kedua-duDMHQLVμGL¶LQLVDPDDGDSHUOXGLWXOLVUDSDW
ataupun jarak dengan perkataan yang mengikuti selepasnya.
Menurut Shukri (seperti petikan dalam Abdul Rasid Jamian et al. 2014), guru
haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran agar potensi murid dapat diperkembang
semaksimum mungkin. Menurut teori Howard Gardner (seperti petikan dalam Siti
Raihanni Selamat, 2019), manusia mempunyai lapan kecerdasan yang merangkumi
pelbagai kebolehan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Oleh itu,
teknik nyanyian telah dipilih oleh penyelidik bagi menyelesaikan permasalahan
SHQJJXQDDQLPEXKDQμGL¶GDQNDWDVHQGLμGL¶GDODPNDODQJDQPXULGWDKXQHPSDW
FOKUS KAJIAN
Murid tidak dapat PHPDKDPLNRQVHSGDQPHPEH]DNDQHMDDQEDJLLPEXKDQμGL¶GDQ
NDWDVHQGLμGL¶GHQJDQEDLNsama ada perlu ditulis rapat ataupun jarak dengan perkataan
yang mengikuti selepasnya. Kaedah penerangan telah digunakan untuk mengajar
murid, tetapi penyelidik mendapati bahawa kaedah ini agak bosan dan kurang berkesan
kepada murid. Kaedah penerangan juga mengambil masa yang agak lama. Rentetan
daripada isu ini, penyelidik berhasrat untuk mengaplikasikan teknik nyanyian kepada
murid bagi menyelesaikan isu PdPc tersebut. Menurut Hamisan Salim (seperti petikan
dalam Mohamad Azam Samsudin et al., 2018 ), muzik dan nyanyian dapat memupuk
minat belajar, prestasi dan kesediaan belajar, membina keseronokan mengikut mood
dan keadaan, dan menambahbaik hasil kerja serta daya ingatan kanak-kanak.