KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Pengkaji merupakan pelajar tahun akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran. Pengkaji
merupakan pelajar daripada opsyen Bahasa Melayu dan telah menjalani praktikum
sebanyak 2 kali semasa berada di semester enam dan tujuh di sekolah sekitar daerah
Tuaran dan Kuala Selangor. Hasil daripada pengalaman praktikum selama lebih
kurang 6 bulan di kedua-dua buah sekolah, pengkaji dapat melihat banyak masalah
berkaitan dengan membina ayat pasif diri ketiga dalam kemahiran menulis. Melalui
pengalaman inilah, pengkaji sedar bahawa tajuk berkaitan dengan pembinaan ayat
pasif sering diabaikan oleh guru-guru di sekolah akibat daripada tajuknya yang tidak
termasuk dalam mana-mana item dalam peperiksaan dan ujian di sekolah. Oleh itu,
kebanyakan murid masih tidak mempunyai pengetahuan tentang ayat pasif dan cara
membina ayat pasif dengan betul.


Pengkaji telah melihat masalah ini sebagai satu inisiatif untuk membantu murid yang
mengalami masalah dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul dan berusaha
untuk menghasilkan satu bahan yang sesuai bagi memudahkan murid memahami
konsep pembinaan ayat pasif diri ketiga dengan betul. Melalui pemerhatian awal
pengkaji terhadap jawapan yang ditulis oleh murid dalam soalan latihan yang
diberikan, salah satu faktor yang menyebabkan murid tidak dapat membina ayat pasif
diri ketiga dengan betul ialah disebabkan oleh murid tidak mahir untuk membina ayat
pasif diri ketiga atau menukarkan ayat aktif diri ketiga kepada ayat pasif diri ketiga
dengan betul. Hal ini menyebabkan murid tidak mempunyai minat dan seringkali
mengeluh apabila sebarang aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ayat pasif diri
ketiga dijalankan. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah pengkaji lakukan, pengkaji
juga mendapati bahawa ada di antara murid sukar untuk membezakan peranan serta
fungsi subjek dan objek semasa membina ayat pasif diri ketiga. Masalah ini
menyebabkan murid keliru untuk menentukan kedudukan subjek dan objek semasa
membina ayat pasif diri ketiga.
Sehubungan dengan masalah yang dihadapi ini, pengkaji telah menghasilkan
satu bahan yang dinamakan sebagai Kiub OKOSK-TerMeDi yang mengintegrasikan
teknik mnemonik yang memudahkan murid untuk mengingat rumus dan peraturan
dalam membina ayat pasif diri ketiga serta menggunakan bahan yang bersifat konkrit
untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga dengan betul dalam
kalangan murid tahun 5. Melalui penggunaan Kiub OKOSK-TerMeDi, pengkaji

Free download pdf