KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
ANIMASI PEMANTUN TERHEBAT UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SEBUTAN
MELAFAZ PANTUN BAGI MURID TAHUN 3

Nur Shahirah Husna binti Saifuddin
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sebutan
melafaz pantun bagi murid Tahun 3 dengan menggunakan Animasi Pemantun Terhebat.
Kajian ini telah dilaksanakan di sekolah rendah sekitar daerah Tuaran. Peserta kajian
terdiri daripada dua orang murid Tahun 3 yang lemah dalam kemahiran melafaz pantun
dari aspek yang difokuskan iaitu sebutan. Dapatan kajian dijalankan melalui ujian
diagnostik, ujian pencapaian dan soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan bahawa
semua murid menunjukkan peningkatan dengan dua orang murid telah mencapai tahap
baik dalam ujian pencapaian. Murid lebih bersemangat dalam mempelajari bidang sastera
kerana cara pencapaian lebih menarik dan berbeza dari kaedah biasa yang hanya
menggunakan penerangan. Keputusan ujian menunjukkan Animasi Pemantun Terhebat
ini berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran sebutan muird melafaz pantun di
samping menambah minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Animasi Pemantun Terhebat, murid Tahun 3, melafaz pantun


ABSTRACT

The research of this study was conducted to improve the pronunciation skills of reciting
verses for Year 3 students by using the Greatest Poet Animation. This study was
conducted in primary schools around the Tuaran district. The study participants consisted
of two Year 3 students who were weak in the skills of reciting verses from the focused
aspects of pronunciation. The findings of the study were conducted through diagnostic
tests, achievement tests, and questionnaires. The results of the data analysis showed that
all the students showed improvement with two students having achieved the good level in
the achievement test. Pupils are more enthusiastic about learning the field of literature
because the way of achievement is more interesting and different from the usual method
which only uses description. The test results show that this Greatest Poet Animation is
effective in helping to improve students 'pronunciation skills of reciting verses as well as
increasing students' interest in teaching and learning sessions.
Keywords: Great Pantun Animation, Year 3 Students, reciting verses

Free download pdf