PENGENALAN
Kajian ini berfokuskan kepada pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah yang sentiasa
mengalami perubahan. Sukatan subjek Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan
tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Menurut Ahmad Kamal Abdullah (2011), maksud
pantun secara umum ialah umpama, laksana, seperti, membimbing, mendidik yang sama
maksudnya dengan peribahasa. Sebagai istilah, pantun bermaksud tersusun, teratur
dalam susunan yang baik dan indah.
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan kemahiran
melafazkan pantun ini, satu bahan bantu mengajar telah dihasilkan bagi membantu guru
mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar Animasi Pemantun
Terhebat diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran melafazkan pantun dari aspek
sebutan dengan betul bagi murid Tahun 3. Asas yang kukuh dan benar diperlukan di
dalam sesuatu kajian untuk membolehkan tindakan yang tepat dapat dijalankan. Oleh
yang demikian, pengumpulan data yang sahih amat penting dan diperlukan. Pengkaji
telah menggunakan beberapa kaedah bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Kaedah-kaedah pengumpulan data yang telah pengkaji gunakan ialah Ujian diagnostik
dan pencapaian dan Soal Selidik.
Ujian diagnostik diadakan bagi mengenalpasti murid yang bermasalah dalam aspek
kemahiran membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Hal ini juga
bertujuan untuk memilih peserta kajian. Seramai 5 orang murid Tahun 3 telah
menjalankan ujian diagnostik. Setelah murid dinilai, seramai 2 orang murid yang
mendapat markah 40% dan ke bawah telah dipilih dan pengkaji akan memperkenalkan
bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ketika murid membaca pantun.
FOKUS KAJIAN
Kemahiran berpantun terbahagi kepada beberapa aspek iaitu sebutan, intonasi, nada dan
gaya penyampaian, menurut Ahmad Akmal Abdullah (2011) dalam bukunya 1000 Pantun
Puitis Mencari Diri Mencari Erti beliau mengatakan terdapat empat aspek utama
melafazkan pantun iaitu sebutan, intonasi, nada dan penyampaian. Walau
bagaimanapun, tidak semua murid dapat menguasai kemahiran melafazkan pantun pada
awalnya. Namun, mereka dapat melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. Akan
tetapi dari aspek sebutan dan gaya sangat lemah. Hal ini disebabkan murid berkomunikasi