menggunakan sebutan dialek masyarakat setempat. Oleh yang demikian, sebutan murid
semasa melafazkan pantun kurang jelas. Pengkaji telah memilih lima orang murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran melafazkan pantun. Masalah kemahiran
melafazkan pantun sekolah rendah ini perlu diatasi segera bagi membolehkan murid-
murid dapat berpantun dengan baik.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif:
Kajian terhadap penguasaan kemahiran melafaz pantun dijalankan adalah untuk:
- Membantu murid meningkatkan kemahiran melafaz pantun dengan sebutan yang betul
menggunakan Animasi Pemantun Terhebat.
Soalan Kajian
- Adakah kemahiran murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Animasi Pemantun Terhebat?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian ialah terdiri dalam kalangan murid Tahun 3 yang telah dipilih untuk
melaksanakan kajian. Murid- murid ini dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik
melafazkan pantun empat kerat yang telah dijalankan oleh guru. Murid yang dipilih ialah
seramai dua orang daripada sebuah sekolah di daerah Tuaran iaitu seorang murid lelaki
dan empat orang murid perempuan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model kajian tindakan yang saya gunakan dalam kajian tindakan saya ialah model yang
dicetuskan oleh Mc Taggart dan Stephen Kemmis. Model ini melibatkan perancangan,
tindakan, pemerhatian dan refleksi. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan satu
kitaran sahaja kerana murid dapat melafazkan pantun dengan sebutan yang betul apabila
menggunakan Animasi Pemantun Terhebat. Berikut merupakan penjelasan lebih lanjut
bagi langkah- langkah pelaksanaan tindakan yang dilaksankan oleh pengkaji.