KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

berharap kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga dapat ditingkatkan dalam kalangan
murid tahun 5.


FOKUS KAJIAN

Fokus kajian yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan
pembinaan ayat pasif diri ketiga. Ayat pasif diri ketiga merupakan salah satu daripada
ragam ayat yang perlu diketahui dan dipelajari oleh murid tahun 5 selaras dengan
kandungan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 5 dalam aspek tatabahasa.
Kajian ini juga memfokuskan kepada pembinaan ayat pasif diri ketiga berikutan
daripada kesukaran murid untuk membina ayat pasif diri ketiga akibat daripada
peraturan dan konsep ayat pasif yang dianggap kompleks buat murid. Perubahan
kedudukan subjek, objek serta peraturan lain yang perlu diambil kira dalam membina
ayat pasif diri ketiga telah menyebabkan murid sukar untuk membina ayat pasif diri
ketiga dengan betul. Masalah memahami struktur ayat pasif yang merupakan salah
satu huraian dalam ragam merupakan masalah yang kerap berlaku dalam kalangan
murid. Hal ini turut disokong oleh Wong Shia Ho (2011) yang menjelaskan bahawa
³VDODKVDWXNHVLODSDQ\DQJNHUDSEHUODNXLDODKSHQJJXQDDQUDJDPD\DWWHUXWDPDQ\D
ayat aktif transitif dan ayat pasif yang melibatkan pelaku yang terdiri daripada kata
ganti nama diri pertama dan kedua VHUWDNHWLJD ́ PV 


Rajah 1: Kesalahan Tidak Menukar Bentuk Imbuhan
Kekeliruan dan masalah utama yang dihadapi dalam membina ayat pasif diri
ketiga seperti yang boleh dilihat melalui rajah 1 ialah berkaitan dengan penggunaan
imbuhan awalan me- pada kata kerja yang tidak ditukar kepada imbuhan awalan di-.
Hal ini menyebabkan ayat pasif diri ketiga yang dibina membawa maksud yang salah
dan tidak tepat. Penggunaan kata kerja haruslah ditukar kepada imbuhan di- agar
memenuhi ciri-ciri ayat pasif dengan betul

Free download pdf