KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

mengajar yang sangat membantu dalam aspek sebutan murid semasa melafazkan pantun.
Kesimpulannya, pengkaji dapat menyatakan bahawa Animasi Pemantun Terhebat merupakan
salah satu bahan bantu mengajar yang sangat sesuai bagi membantu murid meningkatkan
kemahiran sebutan semasa melafazkan pantun seterusnya meningkatkan penglibatan murid
dalam mempelajari sastera dalam subjek Bahasa Melayu. Keseluruhannya, semua murid
berpuas hati dengan penggunaan Animasi pemantun Terhebat untuk melafazkan pantun
dengan mudah.


REFLEKSI
Hasil dapatan dan analisis data berkaitan dengan intervensi yang pengkaji jalankan ini jelas
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pencapaian yang dijalankan iaitu selepas
peserta kajian diperkenalkan dengan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat dan
memberi gambaran kepada pengkaji bahawa sebagai seorang guru adalah amat perlu untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berbeza daripada biasa iaitu secara
luar biasa supaya murid lebih bersemangat dan seronok untuk menerima ilmu yang disampaikan.
Kesimpulannya, data yang dikumpul melalui ujian diagnostik dan ujian pencapaian dan borang
soal selidik dengan kaedah analisis yang digunakan iaitu dengan kaedah analisis skor dan
analisis deskriptif bagi data kuantitatif dan dengan analisis kandungan bagi data kualitatif telah
membuktikan keberkesanan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ini dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran sebutan melafaz pantun bagi murid Tahun 3.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini iaitu Animasi Pemantu Terhebat merupakan salah
satu cara dalam membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengkaji serta
guru Bahasa Melayu di dunia pendidikan ini. Oleh itu, dengan bahan bantu mengajar Animasi
Pemantun Terhebat mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu khususnya dalam bidang sastera iaitu pantun sekaligus menarik minat murid menguasai
bidang melafaz pantun
Justeru itu, pada kajian yang akan datang pengkaji bercadang untuk membawa dan terus
menggunakan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ini dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran yang selama ini hanya menggunakan video dan penerangan semata- mata.
Akhir sekali, pengkaji bercadang dan berhasrat untuk meneruskan kajian ini sehingga ke
peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Sarjana supaya bahan bantu mengajar Animasi Pemantun
Terhebat ini lebih tinggi nilainya kepada sistem pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya
dalam bidang sastera iaitu pantun yang semakin dilupakan dek kerana perkembangan arus
teknologi begitu pantas dan maju.

Free download pdf