KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
TEKNIK LAMPU SKAL MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
AYAT TUNGGAL BAGI MURID TAHUN 5

NURHADIRAH BINTI ZOLKIPLI
PISMP BAHASA MELAYU SK (2) AMBILAN JUN 2018
[email protected]

ABSTRAK
Teknik Lampu SKAL diformulakan khusus berbentuk jadual rajah untuk membantu murid
Tahun Lima membina ayat tunggal dengan struktur ayat yang baik. SKAL (Siapa+Kata
Kerja+Alat+Lokasi) suatu akronim yang dicipta oleh pengkaji sebagai formula untuk
meningkatkan penguasan kemahiran menulis ayat tunggal. Pengkaji mendapati
terdapat sebahagian murid Tahun Lima di sebuah sekolah di daerah Tuaran mempunyai
masalah dalam kemahiran membina ayat tunggal. Justeru itu, pengkaji telah mengambil
data awal menerusi peperiksaan pertengahan tahun yang berlangsung ketika pengkaji
menjalankan praktikum Fasa 1. Berdasarkan data awal yang dikutip, pengkaji mendapati
struktur binaan ayat tunggal yang dibina tidak lengkap dan kurang gramatis. Pengkaji
telah menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk
mengetahui tahap penguasaan murid Tahun Lima terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu terutama dalam bidang penulisan. Dapatan kajian ini mendapati murid Tahun
Lima dapat menguasai Teknik Lampu SKAL dalam kemahiran membina ayat tunggal
dengan baik.
Kata Kunci : Teknik Lampu SKAL (Siapa + Kata Kerja + Alat + Lokasi), kemahiran
membina ayat tunggal, Bahasa Melayu, Tahun Lima


ABSTRACT

The SKAL Lighting Technique is specially formulated in the form of a diagrammatic table
to help Year Five students construct single sentences with good sentence structure.
SKAL (Who+Verb+Tool+Location) is an acronym created by researchers as a formula
to improve mastery of single sentence writing skills. Researcher Researchers found that
some Year Five students in a school in Tuaran district had problems in the skills
of constructing single sentences. Therefore, the researcher has taken the initial data
through the mid - year examination which took place when the researcher conducted the
Phase 1 practicum. Based on the initial data collected, the researcher found that the
single sentence structure is incomplete and less grammatical. Researchers have used
observation instruments, interviews and document analysis to determine the level of
mastery of Year Five students on learning Malay, especially in the field of writing. The
findings of this study found that Year Five students were able to master the SKAL Lighting
Technique in single sentence construction skills well.


Keywords: SKAL Lighting Technique (Who + Verb + Tool + Location), single sentence
construction skills, Malay Language, Year Five

Free download pdf