PENGENALAN
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun Lima
(DSKP), pernyataan standard ini merupakan pernyataan yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di
sekolah rendah. Terdapat empat kemahiran bahasa yang perlu dikuasai murid
antaranya kemahiran menulis. Hal ini kerana, kemahiran menulis perlu menggunakan
aspek kognitif iaitu kemampuan berfikir untuk menjana sesuatu idea. Isu murid kurang
mahir dalam menguasai kemahiran membina ayat tunggal merunsingkan pengkaji.
Kemahiran menulis merupakan asas kepada proses dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang menjadi keutamaan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
Keupayaan murid dalam kemahiran menulis dapat dilihat berdasarkan penjanaan idea
dalam pelbagai penulisan. Menurut Che Zanariah dan Fadzilah (2011) seperti dalam
jurnal Aman Shah bin Syed Ali (2021), murid mestilah mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk mengeluarkan idea bagi menghasilkan penulisan yang menarik, di
samping aspek bahasa yang digunakan juga betul.
Kajian yang dipilih oleh pengkaji iaitu kemahiran membina ayat tunggal.
Pengkaji mendapati murid-murid Tahun Lima mempunyai masalah untuk membina
ayat tunggal. Kebanyakan ayat yang dibina tergantung, tidak gramatis dan tidak
menggunakan istilah yang sesuai dalam ayat. Hal ini sejajar dengan Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah yang didokumenkan sebagai Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu yang merangkumi pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah. Pengkaji
juga telah mengambil data awal untuk mengkaji isu ini agar dapat membantu
meningkatkan prestasi murid tahun lima.
Semasa melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengimbas kembali
pengalaman mengajar dan menyedari terdapat beberapa aspek yang boleh diguna
pakai sebagai refleksi bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada
masa akan datang berjalan dengan baik. Ketika pengkaji menjalani praktikum Fasa
Satu di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Pengkaji mendapati seramai 5 orang murid
tahun lima tidak boleh membina ayat tunggal dengan baik. Hal ini kerana, murid-murid
di dalam bilik darjah tersebut tidak didedahkan dengan struktur asas untuk membina
ayat tunggal dengan betul. Selain itu, mereka menganggap Bahasa Melayu itu susah
dan rumit akibatnya murid-murid kurang berminat dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Bukan itu sahaja, penggunaan percampuran dengan bahasa dialek yang