KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
GLJXQDNDQ GDODP ELQDDQ D\DW NXUDQJ WHSDW 0HQXUXW 1RUD¶D]LDQ )DG]LODK 
Angela dan Zamri (2019), proses untuk mempelajari Bahasa Melayu bukanlah suatu
proses yang mudah terutamanya kepada murid yang jarang bertutur dalam Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Oleh itu, apabila murid-murid diminta untuk
menulis ayat bercampur dengan bahasa dialek yang biasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Malahan terdapat ayat yang tergantung dan tidak berkembang.
Oleh itu, pengkaji bertindak untuk mencipta satu teknik kemahiran membina ayat
tunggal yang mudah bersesuaian dengan kognitif murid Tahun Lima di dalam bilik
darjah tersebut. Pengkaji berharap Teknik Lampu SKAL dapat dikuasai dengan baik
oleh murid Tahun Lima dalam kemahiran membina ayat tunggal.

FOKUS KAJIAN


Kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran membina ayat tunggal dengan betul
menggunakan Teknik Lampu SKAL. Penguasaan kemahiran membina ayat tunggal
amat penting dalam modul pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Selain
itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan prestasi kemahiran
membina ayat tunggal bagi murid Tahun Lima dalam bahagian penulisan Bahasa
Melayu. Oleh itu, pengkaji bertindak untuk menyelesaikan amalan pedagogi dengan
memperkenalkan Teknik Lampu SKAL. Hal ini kerana, pengkaji mendapati murid
Tahun Lima masih lemah dalam menguasai kemahiran membina ayat tunggal. Satu
soalan diberi kepada murid dan murid dikehendaki untuk membina lima ayat tunggal
berdasarkan gambar. Daripada analisis tersebut penyelidik telah mendapati beberapa
kesalahan seperti berikut :

Rajah 1 : Kesalahan Membina Ayat tunggal
Free download pdf