KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan kesalahan membina ayat tunggal yang sering
dilakukan oleh murid Tahun Lima. Hasil pemeriksaan penulisan terhadap lembaran
kerja murid menunjukkan murid tidak mahir dalam menguasai kemahiran membina
ayat tunggal. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam membina ayat
tunggal ialah :
a) Ayat yang tidak gramatis
b) Istilah yang kurang sesuai
c) Ayat yang tergantung dan tidak berkembang
d) Percampuran dengan bahasa dialek
Oleh hal demkian, pengkaji telah bertindak dengan memperkenalkan Teknik
Lampu SKAL iaitu teknik yang akan digunakan dalam kemahiran membina ayat
tunggal. Teknik Lampu SKAL ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian tindakan
kerana teknik ini adalah bersifat jadual rajah yang mudah untuk difahami dan diikuti
oleh murid. Natijahnya, berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu,
pengkaji mendapati wujudnya masalah kemahiran membina ayat tunggal dalam
kalangan murid kelas tersebut.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian
Pelaksanaan penyelidikan tindakan memerlukan objektif yang jelas bagi memudahkan
proses penyelidikan tindakan. Antara objektif kajian yang pengkaji fokuskan adalah
seperti berikut:
I. Menguasai penggunaan Teknik Lampu SKAL dalam kemahiran membina ayat
tunggal.

Soalan Kajian


Persoalan kajian dibina berpandukan kepada objektif yang dinyatakan oleh pengkaji,
berikut merupakan persoalan kajian:
i. Adakah Teknik Lampu SKAL dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
membina ayat tunggal bagi murid Tahun Lima?
Free download pdf