KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 2: .HVDODKDQ7LGDN0HQDPEDK.DWD6HQGLμROHK¶6HOHSDV.DWD.HUMD

Rajah 2 menunjukkan kesalahan dalam hasil kerja murid yang mengabaikan kata
VHQGL QDPD μROHK¶ VHOHSDV NDWD NHUMD VHPDVD PHQXOLV D\DW SDVLI 6RDODQ LQL
melibatkan imbuhan frasa kerja pasif ter- yang memerlukan kata sendi nama oleh
selepas kata kerja. Haryanti Cahyadi (2019) menjelaskan bahawa kata sendi nama
oleh dalam ayat pasif yang mengandungi imbuhan frasa kerja pasif ter- tidak boleh
digugurkan. Jika digugurkan, ayat pasif tersebut menjadi janggal dan berubah makna.
Berbeza dengan frasa kerja pasif di- di mana kata sendi nama oleh boleh digunakan
atau digugurkan secara pilihan.


Rajah 3: Kesalahan Tidak Mengubah Kedudukan Subjek dan Objek
Rajah di atas menunjukkan kesalahan murid semasa membina ayat pasif diri
ketiga iaitu tidak mengubah kedudukan subjek dan objek dalam ayat. Ayat pasif pada
dasarnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga, 2008). Hal ini kerana, kedudukan subjek dan objek yang
menentukan ragam ayat dalam sesebuah ayat sama ada ayat pasif atau ayat aktif.
Oleh sebab yang demikian, kedudukan subjek dan objek dalam sesebuah ayat perlu
dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dan kekeliruan makna.


Melalui masalah-masalah ini, pengkaji telah memilih isu berkaitan dengan
ayat pasif diri ketiga sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan ini. Bagi mengatasi
masalah murid dalam membina ayat pasif diri ketiga, pengkaji telah menghasilkan
sebuah bahan yang mampu untuk mengelakkan kekeliruan dalam menentukan
kedudukan subjek dan objek dalam ayat, menukarkan imbuhan pada kata kerja serta
penggunaan kata sendi nama oleh semasa membina ayat pasif diri ketiga seperti
yang telah ditunjukkan dalam rajah 1, 2 dan 3 yang dinamakan sebagai Kiub
OKOSKTerMeDi.

Free download pdf