Berdasarkan Jadual 40, jumlah skor markah bagi kelima-lima peserta kajian
sepanjang tiga sesi latihan diberikan oleh pengkaji menunjukkan pencapaian murid
berada di tahap sederhana. Skor markah bagi setiap peserta kajian menunjukkan
sebilangan peserta kajian boleh menguasai Teknik Lampu SKAL untuk membina ayat
tunggal. Hal ini kerana, jika dilihat skor markah M01 pada lembaran kerja pertama
menunjukkan tahap penguasaan peserta kajian tersebut berada di tahap yang
minimum. Namun demikian, pada lembaran kerja ketiga menunjukkan tahap
penguasaan peserta kajian M01 berada di tahap baik. Ini menunjukkan peserta kajian
M01 dapat menguasai Teknik Lampu SKAL ketika membina ayat tunggal. Namun
begitu, terdapat dua orang peserta kajian iaitu M03 dan M04 pada lembaran kerja
pertama menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini membuktikan pada awal pelaksanaan
tindakan, peserta kajian sudah boleh menguasai Teknik Lampu SKAL. Hal ini dapat
PHQMDZDE SHUVRDODQ NDMLDQ NHGXD LDLWX μ¶$GDNDK 7HNQLN /DPSX 6.$/ dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal bagi murid tahun OLPD"¶¶
Kesimpulannya, penggunaan Teknik Lampu SKAL ini dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis bagi murid-murid sekolah rendah terutama dalam
pembinaan ayat tunggal.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa cadangan tindakan susulan yang dicadangkan oleh pengkaji
sendiri untuk memberikan kesan yang lebih lagi dalam penggunaan Teknik Lampu
SKAL kepada peserta kajian. Hal ini kerana, setiap kajian yang dilakukan pasti terdapat
lopong-lopong kelemahan yang perlu seorang pengkaji perbaiki agar amalan pedagogi
pendidkan dapat diberikan nafas yang baru mengikut peredaran masa dan kesesuaian
kepada peserta kajian. Antara cadangan tindakan susulan yang dikemukakan oleh
pengkaji ialah :