KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 4 : Cadangan bagi tindakan susulan

Kit BBM


Pengkaji bercadang untuk membuat Kit BBM Teknik Lampu SKAL. Hal ini kerana,
pengkaji dapati Teknik Lampu SKAL boleh diubahsuai menjadi sebuah kit BBM. Bahan
Bantu Mengajar ini dapat membantu pengkaji dan para guru untuk mengajar murid-
murid membina ayat tunggal dengan mudah berpandukan jadual rajah. Kit BBM ini
boleh disentuh, ditampal dan ditulis pada ruangan kosong yang disediakan kerana
bersifat mesra pengguna. Kit BBM ini juga boleh digunakan oleh semua peringkat
umur sama ada murid di Tahap satu mahupun di tahap dua. Pengkaji berharap Kit
BBM ini dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam membina ayat
tunggal kerana kit BBM ini diformulakan khusus dengan memasukkan elemen Teknik
Lampu SKAL yang mudah dan menarik untuk digunakan.

E-Modul Bahasa Melayu


Selain itu, pengkaji mencadangkan untuk membuat e-Modul Bahasa Melayu yang
boleh digunakan oleh semua guru sekolah rendah terutama guru Bahasa Melayu. E-
Modul ini lebih bersifat mudah digunakan kerana terdapat contoh-contoh latihan yang
menggunakan Teknik Lampu SKAL. Objektif E-Modul ini bertujuan untuk melatih dan
mengasah kemahiran menulis dan membina ayat tunggal. E-Modul ini juga disertakan
dengan warna dan grafik yang menarik supaya murid-murid seronok menggunakan E-
Modul ini. Bukan itu sahaja, disebabkan E-Modul ini bersifat e-book, maka guru-guru
boleh mencetak dan membukukannya agar boleh dijadikan sebagai lembaran kerja
dalam bilik darjah.

KIT BBM

e-Modul

Bahasa

Melayu
Free download pdf