KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Berikut merupakan objektif kajian serta persoalan kajian yang telah dikemukakan bagi
kajian tindakan ini.
Objektif Khusus
i. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam membina ayat pasif diri ketiga
dengan betul menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi.
Soalan Kajian
i. Adakah prestasi murid tahun 5 dalam membina ayat pasif diri ketiga dapat
ditingkatkan menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap murid tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Tuaran
dan peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak tiga (3) orang. Saya
telah melaksanakan kajian ini terhadap sebuah kelas tahun 5 dengan jumlah bilangan
murid seramai 13 orang murid iaitu sembilan (9) orang murid perempuan dan tujuh
(4) orang murid lelaki. Ketiga-tiga peserta kajian ini mempunyai latar belakang serta
personaliti yang berbeza dan diklasifikasikan sebagai peserta kajian A, peserta kajian
B dan peserta kajian C dalam kajian ini.
Berdasarkan prestasi akademik ketiga-tiga peserta kajian ini, pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian A dan B mempunyai prestasi akademik yang lemah
khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu manakala peserta kajian C
mempunyai prestasi akademik yang sederhana seperti jadual 1 di bawah:
Bil Peserta Kajian Jantina Tahap Prestasi
1 Peserta Kajian A Perempuan Lemah
2 Peserta Kajian B Perempuan Lemah

3 Peserta Kajian C Perempuan Sederhana


Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian

KAEDAH/METADOLOGI KAJIAN
Free download pdf