KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
REFLEKSI KAJIAN

Refleksi Dapatan


a) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid sebelum dan selepas
penggunaan kad bergambar?


Berdasarkan ketiga-tiga intervensi yang telah dijalankan dengan berlainan aktiviti,
peningkatan markah dalam ujian penulisan dilihat semakin memberangsangkan di
antara keempat-empat peserta kajian tersebut. Murid juga menunjukkan minat yang
mendadak dalam topik simpulan bahasa. Berdasarkan pemerhatian, subjek lebih
bersemangat menjawab soalan intervensi dengan kadar yang lebih cepat berbanding
sebelum intervensi dijalankan.


Rajah 1. Graf Keputusan Perbandingan Selepas Menjalani Intervensi

Keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan kemajuan dalam data akhir
ujian pra dan pasca yang dibuat sebelum dan selepas penggunaan kaedah kad
bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan peningkatan
berlaku dalam kadar mencanak selepas menggunakan kad bergambar. Peserta kajian
berjaya menjawab dengan mudah dalam mengingati, menyatakan maksud dan juga
membina ayat mudah berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari.


0

5

10

15

MURID A MURID B MURID C MURID D

Markah Intervensi Subjek Kajian


INTERVENSI 1 INTERVENSI 2 INTERVENSI 3
Free download pdf