KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Langkah-Langkah Tindakan
Pengkaji telah melaksanakan kajian ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu serta di luar waktu PdP iaitu pada masa lapang peserta-peserta
kajian. Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah bagi mendapatkan hasil
kajian yang dikehendaki. Langkah-langkah yang diambil ini adalah untuk membantu
peserta-peserta kajian membina ayat pasif diri ketiga dengan betul menggunakan
Kiub OKOSK-TerMeDi. Langkah-Langkah tindakan yang telah diambil oleh pengkaji
merangkumi sesi intervensi sebanyak 3 kali dan latihan sebanyak 2 kali seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 2

Langkah Tindakan Perkara

(^1) Ujian Pra Pengkaji menjalankan ujian pra kepada 13
orang murid Tahun 5.
2 Memperkenalkan Pengkaji menerapkan Kiub
OKOSKKiub OKOSK- TerMeDi kepada 3 peserta kajian yang
TerMeDi mempunyai masalah membina ayat pasif
diri ketiga dengan betul.
‡ Pengkaji memperkenalkan Kiub OKOSK-
TerMeDi kepada peserta-peserta kajian.
‡ Pengkaji menjelaskan konsep penggunaan
Kiub OKOSK-TerMeDi dalam ayat pasif yang
mengutamakan objek dalam ayat serta
perubahan bentuk imbuhan kata kerja dalam
ayat pasif.
‡ Pengkaji mendemonstrasikan cara
menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi
kepada peserta-peserta kajian.
3 Intervensi I Pengkaji meminta murid memahami konsep
dan fungsi objek, subjek dan kata kerja
dalam ayat yang telah disediakan pada Kiub
OKOSK-TerMeDi.

Free download pdf