Peserta kajian dikehendaki mengenalpasti
dan menggariskan subjek, objek dan kata
kerja dalam contoh-contoh ayat dengan
berpandukan Kiub OKOSK-TerMeDi.
4 Intervensi II Peserta kajian dikehendaki mengubah
bentuk imbuhan pada kata kerja kepada
bentuk kata kerja pasif menggunakan Kiub
OKOSK-TerMeDi.
Peserta kajian dikehendaki menulis
perkataan/frasa yang betul pada bahagian
objek, subjek, kata kerja dan keterangan
pada Kiub OKOSK-TerMeDi.
5 Intervensi III Peserta kajian dikehendaki membina ayat
pasif dengan betul menggunakan Kiub
OKOSK-TerMeDi.
6 Latihan I Peserta kajian dikehendaki mengenalpasti
dan menulis frasa yang sesuai pada
bahagian subjek, objek dan kata kerja tanpa
berpandukan Kiub OKOSK-TerMeDi.
7 Latihan II Peserta kajian dikehendaki untuk membina
ayat pasif diri ketiga menggunakan kata
kerja pasif dengan betul tanpa berpandukan
Kiub OKOSK-TerMeDi.
8 Ujian Pos Pengkaji menjalankan ujian pos kepada
peserta kajian.
Jadual 2: Langkah-Langkah Tindakan
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dan ujian pos merupakan ujian yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum
dan selepas intervensi atau sebarang tindakan diberikan kepada peserta-peserta
kajian. Ujian pra akan diberikan kepada peserta-peserta kajian bagi melihat