KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Kemahiran berbahasa merupakan salah satu isu yang sering timbul dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang pendidikan. Isu ini penting apabila ia melibatkan pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran murid dengan guru yang berlaku sejak dahulu lagi. Walaupun
kini bidang pendidikan telah mengalami perubahan ke arah yang lebih moden dengan
kemajuan teknologi terkini, namun isu ini masih tidak dapat dibendung dengan sepenuhnya.
Salah satu isu yang sering timbul berkaitan dengan kemahiran berbahasa ialah masalah
penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Kemahiran menulis amat penting
untuk dikuasai oleh murid sejak peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini kerana kegagalan
dalam menguasai kemahiran ini dapat mengakibatkan murid tersebut lemah dalam aspek
yang lain terutamanya kemahiran berbahasa dan juga akan menjejaskan prestasi
pencapaian murid tersebut.


FOKUS KAJIAN


Fokus kajian bagi kajian ini ialah kemahiran menulis iaitu membina ayat tunggal dengan
betul. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas dalam kemahiran berbahasa terutamanya
bagi murid yang berada di tahap yang rendah. Kajian tindakan ini berfokuskan kepada
pengaplikasian teknik SPBTS dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat
tinggal dengan betul dalam kalangan murid tahun 3. Pengaplikasian teknik SPBTS sebagai
satu tindakan untuk menyelesaikan masalah murid dalam pembinaan ayat tunggal dengan
betul merupakan idea yang tercetus oleh pengkaji. Teknik SPBTS merupakan satu inovasi
yang dijangka dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap kemahiran
menulis terutamanya dalam pembinaan ayat tunggal dengan betul. Hal ini kerana, pengkaji
dapat mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 di mana murid
kurang memahami konsep asas dalam pembinaan ayat tunggal. Hal ini terbukti apabila
terdapat beberapa murid mempunyai masalah untuk menulis ayat tunggal dengan susunan
yang betul serta penggunaan tanda baca yang kurang tepat semasa membina ayat tunggal.


Objektif Kajian:



  1. Membantu murid tahun tiga dalam pembinaan ayat tunggal menggunakan teknik
    SPBTS dengan betul.

  2. Meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid tahun 3
    dengan pengaplikasian teknik SPBTS.

Free download pdf