KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Peserta Kajian B 0 0 8 100

Peserta Kajian C 4 50 8 100


Jadual 3: Rumusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta-Peserta Kajian
Berdasarkan hasil daripada ujian pra yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa
Peserta Kajian A dan C mempunyai masalah dalam mengggunakan kata kerja pasif
dengan betul serta tidak menggunakan kata sendi nama oleh dalam ayat pasif diri
ketiga. Peserta kajian B pula tidak mengutamakan objek semasa membina ayat
pasif diri ketiga. Kesalahan idea dalam peluasan subjek dan predikat pada ayat pasif
diri ketiga yang dibina pada soalan 1 dan 4 menyebabkan peserta kajian C tidak
layak untuk mendapat sebarang markah. Namun, ayat pasif diri ketiga yang dibina
pada soalan 2 dan 3 layak diberikan 2 markah kerana menggunakan struktur ayat
pasif yang betul. Berbeza dengan peserta kajian A dan B di mana peserta kajian
tidak layak diberi sebarang markah akibat daripada kesalahan idea dalam peluasan
subjek dan predikat akibat daripada kesalahan penggunaan kata kerja pasif dan
tidak mengutamakan objek dalam ayat pasif.
Peratus Markah Keseluruhan Peserta Kajian Dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Kajian C
Peserta Kajian B

Peserta Kajian A
0 20 40 60 80100
Ujian Pos Ujian Pra

120
Rajah 4: Peratus Markah Keseluruhan Peserta Kajian Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Graf pada rajah 4 menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dalam
kajian ini mengalami peningkatan prestasi dalam membina ayat pasif diri ketiga.
Peserta kajian A dan B pada mulanya tidak berupaya untuk membina ayat pasif diri
ketiga berikutan daripada kesalahan struktur binaan ayat pasif. Masalah-masalah ini
menyebabkan peserta kajian A dan B tidak memperolehi sebarang markah dalam
ujian pos. Berbeza dengan peserta kajian C yang berupaya untuk mendapat 4
markah atau 50% daripada keseluruhan soalan. Peningkatan sebanyak 50% pada
ujian pra juga menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam membina ayat
pasif diri ketiga. Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil ujian pra dan ujian pos
ketiga-tiga peserta kajian ini, Kiub OKOSK-TerMeDi dapat meningkatkan prestasi
murid dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul.
Free download pdf