memberikan motivasi kepada mereka. Jumlah kekerapan jawapan temu bual mengikut kod
tema yang paling tinggi ialah peserta kajian berasa minat ketika menggunakan teknik
SPBTS dalam pembinaan ayat tunggal yang secara tidak langsung akan memberi motivasi
kepada mereka untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas serta meningkatkan
pencapaian mereka dalam kemahiran menulis.
RUMUSAN/REFLEKSI
Pengaplikasian teknik SBPTS ternyata memberikan kesan pada murid dalam membantu
mereka menguasai pembinaan ayat tunggal dengan mudah. Hal ini dapat dilihat melalui
hasil dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji. Peserta kajian bukan sahaja dapat
menunjukkan peningkatan daripada prestasi penulisan malah daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh peserta kajian adalah di
luar jangkaan pengkaji. Pengkaji tidak menyangka setelah menggunakan teknik SPBTS ini,
peserta kajian berupaya untuk membina ayat tunggal dengan mudah berbanding
sebelumnya walaupun masih memerlukan bimbingan daripada pengkaji. Hal ini
menunjukkan mereka sudah semakin mahir dan berkeyakinan tinggi dalam menguasai
kemahiran menulis ayat tunggal.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji akan mengekalkan dan mengaplikasikan teknik SPBTS dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang kerana kaedah ini merupakan salah satu alternatif
untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid dengan
mudah. Selain itu, pengkaji juga mengharapkan bahawa tempoh kajian pada masa hadapan
lebih panjang dari tempoh kajian pada kali ini. Hal inin adalah bagi memboleh pengkaji untuk
mendapat data dengan lebih terperinci dan membuat pemerhatian dengan lebih lama.
Perkara ini juga turut mempengaruhi keberkesanan teknik yang diaplikasikan.
Seterusnya, pengkaji akan melibatkan lebih ramai murid untuk dikaji bagi melihat
keberkesanan pengaplikasian teknik SPBTS dalam membantu murid bagi meningkatkan
kemahiran menulis ayat tunggal dengan mudah. Perkara ini dicadang bagi membolehkan
pengkaji mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat. Cadangan seterusnya, pengkaji
perlu membuat penambahbaikkan bahan bantu belajar bagi teknik SPBTS yang dibina. Hal
ini supaya bahan bantu belajar tersebut lebih mesra pengguna, boleh digunakan dalam
jangka masa yang lama dan fleksibel.