KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam penyelidikan kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan Model Kemmis & Mc
Taggart (1988) yang berasaskan Model Lewin. Terdapar empat langkah penting yang telah
digariskan dalam model ini iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Justeru itu,
pengkaji memilih model ini adalah kerana bersesuaian dengan masalah yang difokuskan
dalam kajian ini. Berikut dalam Jadual 1 menunjukkan satu perancangan pelaksanaan
tindakan berpandukan model.
Jadual 1: Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Peringkat Perancangan Pelaksanaan Tindakan


Mereflek (^) x Membuat refleksi tentang masalah yang timbul dalam
PdPC.
x Kenal pasti masalah.
Merancang (^) x Mengumpul data dan dapatan awal.
x Merancang pelan tindakan.
Bertindak (^) x Perkenalkan Pembaris HbKnkN.
x Terangkan cara penggunaan Pembaris HbKnkN.
x Menjalankan intervensi.
x Memberikan latihan-latihan.
x Mengumpul data.
Memerhati (^) x Menilai tahap pencapaian melalui ujian pos, analisis
dokumen dan soal selidik
x Membuat penambahbaikan (jika perlu)
Langkah-langkah Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji telah melaksanakan pelan tindakan bermula dengan data awal yang telah
diperolehi. Pada tindakan satu, pengkaji telah menjalankan ujian pra untuk melihat sejauh
mana masalah penggunaan huruf kecil pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan
tanda noktah berlaku terhadap PK. Seterusnya, pada tindakan dua, pengkaji
memperkenalkan penggunaan BBM Pembaris HbKnkN dengan menjelaskan cara
penggunaannya bagi mengesan dan memperbetulkan kesilapan penggunaan huruf kecil
bagi permulaan ayat, pangkal kata nama khas serta membantu meningkatkan kepekaan PK
menggunakan tanda noktah pada akhir ayat.

Free download pdf