KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji berkaitan dengan
membina ayat pasif diri ketiga dalam kalangan murid Tahun 5 telah membentuk
perubahan yang positif. Peningkatan dalam pencapaian dan penguasaan murid
dalam membina ayat pasif diri ketiga boleh dilihat berdasarkan graf dan jadual
perbezaan markah semasa ujian pra dan ujian pos. Peningkatan murid dalam
kemahiran membina ayat pasif diri ketiga adalah melalui intervensi dan bahan yang
telah dibina oleh pengkaji iaitu Kiub OKOSK-TerMeDi.
Hasil kerja yang ditunjukkan oleh peserta kajian pada awalnya tidak
memenuhi struktur ayat pasif yang tepat akibat daripada masalah-masalah seperti
tidak mengutamakan objek dalam ayat, tidak menggunakan kata kerja pasif dan tidak
menggunakan kata sendi nama oleh dalam ayat. Namun, setelah beberapa tindakan
dan intervensi dilaksanakan, pencapaian peserta kajian telah meningkat secara
mendadak. Peningkatan tahap prestasi murid ini menunjukkan bahawa Kiub
OKOSKTerMeDi berkesan dalam membantu murid untuk membina ayat pasif diri
ketiga. Pelaksanaan kajian tindakan ini telah memberi kesedaran kepada pengkaji
bahawa kajian berkaitan dengan ragam ayat pasif perlu diteruskan dan diteroka
dengan lebih lagi bagi membantu murid-murid lain yang lemah dah bermasalah dalam
membina ayat pasif. Cadangan tindakan susulan yang dikemukakan oleh pengkaji
dalam bab ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan sama ada buat pengkaji
sendiri atau pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang. Segala cadangan yang
dikemukakan adalah berkaitan dengan masalah dan kekurangan yang dikenalpasti
oleh pengkaji sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini.


Pengkaji mencadangkan agar kajian ini turut merangkumi kemahiran membina
ayat pasif yang lain seperti ayat pasif diri pertama, ayat pasif diri kedua serta ayat
pasif dengan kata bantu pasif kena. Ayat pasif yang terangkum dalam ragam ayat
mempunyai banyak jenis dan ini haruslah dikuasai oleh murid terutamya murid tahun
5 dan murid tahun 6. Hal ini, berdasarkan DSKP Bahasa Melayu SK, topik berkaitan
dengan ayat pasif mula diperkenalkan kepada murid tahun 5. Oleh itu kajian tindakan
yang lebih meluas berkaitan dengan jenis-jenis ayat pasif yang lain perlu
dilaksanakan.

Free download pdf