Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Ayat Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan
Murid Tahun 5 Menggunakan Kaedah WADAH
Ahmad Fakhrul Amin bin Rosly, Chin Satt Fung
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid pemulihan
menguasai kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dengan penggunaan kaedah
Watak, Aktiviti, Kata Sendi, Apa Huraian (WADAH). Kajian ini melibatkan lima orang
murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Isu yang dihadapi ialah
murid lemah dalam mengembangkan ayat dan membina ayat yang masih tergantung.
Reka bentuk kajian ini dilaksanakan berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin dan
Laidlaw (1992). Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temubual,
ujian pra dan ujian pasca sebagai sampel kajian. Fokus bagi kajian ini ialah
menekankan penggunaan kaedah WADAH dalam membina ayat berdasarkan gambar.
Kesimpulannya, hasil kajian mendapati bahwa penggunaan kaedah WADAH dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dalam
pengajaran bahasa Melayu.
Kata Kunci: membina ayat berdasarkan gambar, kaedah WADAH, mengembangkan
ayat, bahasa Melayu, model Kurt Lewin dan Laidlaw (1988)