KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pengkaji juga mencadangkan agar kajian tindakan ini dibuat menggunakan
bilangan peserta kajian yang lebih ramai berbanding 3 peserta kajian yang telah
pengkaji laksanakan dalam kajian tindakan ini. Bilangan peserta kajian yang lebih
besar boleh menyebabkan dapatan kajian daripada ujian pra dan pos, pemerhatian
serta intervensi yang dilaksanakan mendapat gambaran yang lebih jelas dan lebih
terarah di samping menunjukkan hasil yang lebih efektif dan menyeluruh kepada
penggunaan Kiub OKOSK-TerMedi dalam kajian ini.


Kiub OKOSK-TerMeDi yang telah dihasilkan boleh ditambahbaik ke dalam bentuk
yang lebih kecil dan mudah untuk disimpan dan digunakan berulang-ulang kali. Saiz
yang lebih kecil dan fleksibel juga dapat mengurangkan kos, menjimatkan tenaga dan
masa pengkaji-pengkaji lain untuk membinanya. Pemilihan bahan yang lebih sesuai
dan kukuh juga perlu diambil kira bagi membolehkan Kiub OKOSK-TerMeDi dapat
digunakan dengan baik dalam jangka masa yang lama.


RUJUKAN


Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5. 1-66.


Haryanti Cahyadi. (2019). Ragam Ayat Bahasa Melayu. Jenis Ayat Pasif, 55-79.


Kartini Abd. Wahab. (2018). Analisis Pembentukan Pasif Semu Bahasa Melayu
dalam Kerangka Generatif. Jurnal Melayu Bil. 17(2) , 277-298.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Pembahagian Ayat Pasif. Dalam Tatabahasa Dewan (hlm. 489). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Simon Achan. (2014, Jun 8). Kaedah Pemerhatian. Didapatkan dari Scribd:
https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian


Wong Shia Ho. (2011). Ragam Ayat Dalam Refleksi Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) Oleh Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009. Jabatan
Pengajian Melayu, 1-18.

Free download pdf