PENGENALAN
Guru adalah merupakan peneroka pengetahuan yang professional. Justeru
kajian tindakan dijalankan adalah bertujuan untuk mengembangkan dan
memantapkan lagikemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang
professional. Sebagai seorang yang professional guru tidaklah semata - mata
mengamalkan pengetahuan sedia ada yang dikemukakan oleh orang lain
sebaliknya berusaha untuk berupaya merintis dan membuka jalan bagi
menangani pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kajian tindakan, guru sebagai penyelidik hendaklah mengkaji
amalan cara bekerja sendiri, membuat refleksi terhadap cara bekerja dan
kaitannya dengan keberkesanannya terhadap sei pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan murid murid yang diajarnya. Amalan cara
bekerja yang dimaksudkan ialah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan
- latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan -soalan yang digunakan
dan pelbagai aspek lain yang perlu diberi penekanan. Guru perlu sentiasa
sedar dan peka seterusnya menjalankan kajian atas kesedaran bahawa
terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran dalam kalangan
murid - murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
adalah amat penting dalam kalangan murid, sebagai teras memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan. Penguasaan kemahiran asas 3M sememangnya
perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi
dan menimba ilmu pengetahuan. Kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid-murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea