KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

yang lain dalam memperkembangkan kemahiran berbahasa, khususnya dari aspek
tatabahasa.
Akhir sekali, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul
data seperti ujian pra dan pasca, pemerhatian serta soal selidik. Saya juga telah
menerangkan secara jelas tentang cara mengumpul data untuk setiap peringkat
yang berbeza. Tujuan saya menggunakan kaedah pengumpulan data tersebut
adalah untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah mencukupi supaya dapat
memberi bukti dan sokongan yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian
tindakan ini.


FOKUS KAJIAN
saya telah memperoleh satu isu yang dianggap perlu dikaji oleh saya bagi membantu
murid untuk menyelesaikan masalah yang wujud ini dan seterusnya menangani
masalah tersebut. Saya telah mengesan satu isu yang melibatkan murid tahun 4 di
sekolah ini berkaitan dengan penggunaan Kata SeQGL1DPD .61 LDLWXμGDUL¶GDQμ
GDULSDGD¶VHPDVDPHQXOLVD\DWWXQJJDOPDKXSXQD\DWPDMPXN3HQJJXQDDQ.61
dengan betul yang diusahakan oleh saya dilihat amatlah penting dalam membantu
seseorang murid itu untuk mendapatkan ayat yang lebih gramatis. Melalui KIT
AKRODA yang menggunakan akronim ini merupakan satu perkongsian ilmu yang
amat bermanfaat kepada murid sekolah itu sendiri di samping dapat dijadikan
sebagai salah satu kaedah dalam pedagogi mengajar murid-murid dengan lebih
berkesan di dalam kelas untuk mata pelajaran bahasa Melayu ini.
Selanjutnya, menurut Fairus & Fazlinda (2018), kaedah yang membantu
murid mengingat dengan lebih cepat dan mudah ialah kaedah mnemonik di mana di
dalam kaedah murid turut diperkenalkan dengan teknik akronim yang mana
menggunakan pangkal huruf untuk menghafal yang mana disebut sebagai akronim.
Teknik akronim ini dapat membantu peserta kajian untuk mengingat akronim-akronim
yang telah saya sediakan berkaitan dengan KSN daripada untuk digunakan di dalam
ayat. Melalui kaedah mnemonik, saya iaitu pengkaji telah memperkenalkan satu
kaedah hafalan menggunakan KIT AKRODA yang diadaptasikan berdasarkan
kaedah tersebut di mana di dalam KIT AKRODA ini diterapkan penggunaan teknik
akronim untuk digunakan oleh peserta kajian bagi menyelesaikan masalah yang
timbul ini.

Free download pdf