KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
penggunaan kata sendi nama daripada dengan menggunakan KIT AKRODA
manakala soalan kajian merujuk kepada Bagaimanakah tahap penguasaan murid
terhadap penggunaan kata sendi nama daripada dengan menggunakan KIT
AKRODA.
PESERTA KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan di Sekolah sekitar daerah Tuaran, Sabah dengan
melibatkan 5 orang murid dari kelas Tahun 4 yang terdiri daripada 3 orang murid
lelaki dan 2 orang murid perempuan. 5 orang murid ini mempunyai prestasi
akademik yang sangat lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu berbanding
dengan rakan-rakan yang lain. Peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2020
menunjukkan 5 murid ini mendapat pencapaian paling lemah dalam mata pelajaran
bahasa Melayu. Kriteria peserta kajian yang dipilih adalah terdiri dalam kalangan
murid yang mengalami kekeliruan dalam membuat perbezaan dalam penggunaan
Kata Sendi Nama dari dan daripada di dalam ayat. Peserta kajian juga dipilih dari
kalangan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti tidak fokus, kurang
faham, dan mempunyai masalah dalam keluarga mereka.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pada intervensi 1, saya menjalankannya selepas saya merekodkan markah ujian pra
bagi kemahiran tatabahasa yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya
memperkenalkan kepada peserta kajian kaedah menghafal KIT AKRODA (Akronim
Daripada). Pada peringkat ini, peserta kajian dijelaskan tentang penggunaan kaedah
hafalan KIT AKRODA dan apakah yang perlu dilakukan oleh murid sepanjang
menjalankan intervensi yang dijalankan oleh saya.
Intervensi 2 pula dijalankan ke atas peserta kajian di mana mereka diajar untuk
mengenal pasti dan menghafal secara berulang-ulang berdasarkan empat peringkat
iaitu memahami, mengenal pasti, menyalin dan menjawab soalan dalam KIT
AKRODA yang disediakan. Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk membiasakan
dan melatih peserta kajian terhadap kata sendi nama daripada di dalam ayat. Dalam
intervensi ini juga peserta kajian dilatih untuk menulis ayat menggunakan kata sendi
nama daripada dengan tepat.
Pada peringkat intervensi yang terakhir iaitu intervensi 3, saya meminta murid
untuk menulis ayat yang mudah dalam lembaran kerja iaitu ujian pasca yang
diberikan. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih peserta kajian menulis ayat dengan
menggunakan Kata Sendi Nama daripada dengan betul dan tepat. Langkah yang

Free download pdf