KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

2.0 PENGENALAN


Kajian yang dijalankan ini lebih memberikan tumpuan kepada penghasilan kemahiran
menulis mekanis murid-murid yang mana mereka dikehendaki membina ayat majmuk
dengan menggunakan ayat tunggal dan kata hubung yang diberikan. Pada peringkat
awal persekolahan iaitu Tahap 1, murid-murid terlebih dahulu telah didedahkan
dengan ayat tunggal dan ayat majmuk. Kemudian, murid-murid diperkenalkan pula
dengan kata hubung untuk menghasilkan ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat
tunggal yang diberikan. Setiap kata hubung yang diperkenalkan itu mempunyai fungsi
masing-masing. Isi pembelajaran ini dapat membantu murid-murid menghasilkan
karangan berformat dan karangan tidak berformat apabila mereka berada di alam
persekolahan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga murid yang
tidak dapat memajmukkan ayat tunggal yang telah diberikan dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini untuk mencari kaedah
atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah pembinaan ayat majmuk
JDEXQJDQ GHQJDQ PHQJJXQDNDQ NDWD KXEXQJ μGDQ¶ GDQ μDWDX¶ 0DND WHNQLN
SaPaHusa akan menjadi salah satu teknik yang diperkenalkan kepada murid-murid
Tahun 5 untuk memudahkan proses membina ayat majmuk dengan menggunakan
ayat tunggal yang diberikan dDQNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμDWDX¶


Teknik SaPaHusa ini dibentuk berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti semasa
Praktikum Fasa Pertama yang telah dijalankan oleh pengkaji pada semester 6. Suku
NDWD μ6D¶ LDODK VDPD VHWHUXVQ\D μ3D¶ SXOD GLWDIVLU VHEDJDL pangkah suku kata
GDULSDGDSHUNDWDDQVDPDμ+X¶SXODGDULSDGDSHUNDWDDQKXEXQJGDQμ6D¶GDULSDGD
perkataan salin. Maka, SaPaHuSa merujuk kepada gabungan empat langkah iaitu
aktiviti menyemak, merancang, Menyusun dan menggabungkan perkataan untuk
membentuk satu ayat majmuk yang lengkap. Namun demikian, telah berlaku
beberapa perubahan dari masa ke semasa dalam proses melaksanakan kajian ini
sepanjang fasa praktikum yang dijalani. Hal ini bagi memastikan semua murid yang
mengalami masaah keciciran dan ketinggalan dalam proses pembinaaan ayat
majmuk ini dapat dibantu dan diberi dorongan dengan baik. di samping akan dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam kemahhiran membina karangan yang lengkap.

Free download pdf