METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian
tindakan. Babbie (2001) dan Neuman (2011) berpendapat bahawa kaedah kajian
tindakan yang digunakan dapat memberikan gambaran yang tepat berkaitan nilai,
dan impak sesuatu tindakan yang dibuat hasil daripada penemuan masalah. Kaedah
ini digunakan kerana dapat menerangkan masalah sebelum dan selepas diambil
tindakan yang merupakan satu situasi seperti mana yang berlaku di dalam bilik
darjah, mengambil data dalam satu masa tertentu serta dapat memberi penjelasan
yang menyeluruh dan tepat mengenai sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy &
Omrod, 2001). Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan
teknik SiBAD-SKUAD untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat
majmuk berdasarkan bahan rangsangan dalam kalangan murid Tahun 5.
Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur iaitu
memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan aktiviti yang telah
dikenal pasti. Instrumen yang digunakan untuk menganalisis pemerhatian berstruktur
ialah borang senarai semak pemerhatian berstruktur. Terdapat lima item yang dikaji
GDQ GLSHUKDWLNDQ GHQJDQ SHQ\DWDDQ NULWHULD μ<D¶ GDQ μ7LGDN¶ VHEDJDL NHNHUDSDQ
pemerhatian yang dilakukan.
Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah ujian penilaian. Menurut Rosinah
Edinin (2012), ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk
menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Pengkaji
telah menjalankan ujian diagnostik dan ujian pencapaian terhadap peserta kajian.
Ujian diagnostik merupakan ujian terawal yang dijalankan untuk mengukur tahap
kemahiran peserta kajian sebelum intervensi dijalankan bagi mengenal pasti
golongan peserta kajian yang berada pada kategori lemah dan sederhana. Ujian
pencapaian pula dilakukan bagi mengumpul data banding beza antara ujian
diagnostik serta mengenal pasti sama ada keputusan penguasaan peserta kajian
meningkat mahupun menurun.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah analisis dokumen jenis
lembaran kerja. Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengumpul segala maklumat
yang diperlukan sepanjang menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan
latihan lembaran kerja intervensi sebanyak empat peringkat sebagai salah satu
dokumen peserta kajian.