KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

3.0 FOKUS KAJIAN


Dalam kajian tindakan yang akan dijalankan oleh pengkaji, pengkaji akan
memfokuskan murid yang mempunyai latar belakang yang tidak jauh berbeza dari
aspek ekonomi, keluarga dan pergaulan di dalam sebuah kelas Tahun 5. Masalah
yang dihadapi oleh murid kajian adalah tidak dapat memajmukkan dua ayat tunggal
dengan kata hubung yang diberikan dengan betul dan tepat. Masalah ini dikesan
melalui penyemakan buku latihan dan lembaran kerja yang diberikan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Mengaplikasikan teknik SaPaHuSa dalam membina ayat majmuk gabungan dengan
PHQJJXQDNDQNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμDWDX¶


5.0 SOALAN KAJIAN


Bagaimanakah Peserta Kajian dapat mengaplikasikan teknik SaPaHuSa dalam
PHPELQDD\DWPDMPXNJDEXQJDQGHQJDQPHQJJXQDNDQNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQ


μDWDX¶"


6.0 PESERTA KAJIAN


Peserta Kajian kajian merupakan murid Tahun 5 seramai enam orang di salah sebuah
sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta Kajian kajian terdiri daripada tiga murid
lelaki dan tiga murid perempuan. Kesemua Peserta Kajian tersebut mempunyai latar
belakang keluarga yang sederhana. Peserta Kajian kajian terdiri daripada tiga orang
murid yang berbangsa Bajau, seorang murid berbangsa Melayu dan seorang lagi
berbangsa Dusun. Peserta Kajian kajian juga merupakan murid yang mempunyai
pencapaian akademik sederhana dan boleh dikategorikan dalam murid yang biasa.


7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan
McTaggart (1998) dalam Rosinah Edinin (2012) untuk menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Menurut Khairuddin Mohamad (2014), model ini diasaskan oleh Stephen

Free download pdf