KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Kemmis yang bertugas sebagai Dekan School Of Education, Deakin University,
Australia pada tahun 1988. Model kajian tindakan ini sering digunakan oleh pengamal
pengkaji termasuklah pengkaji kajian ini kerana mudah untuk difahami dan
dikendalikan.

pengkaji menjalankan intervensi yang merangkumi lima intervensi yang berunsurkan
ansur maju iaitu dari tahap mudah kepada tahap sederhana dan kemudian tahap
sukar. Jadual 5.1 (b) merupakan peringkat pelaksanaan intervensi pengkaji terhadap
Peserta Kajian.


Jadual 7 : Peringkat Pelaksanaan Intervensi
Peringkat Jenis Intervensi
Satu ( I ) i. Memperkenalkan Teknik SaPaHuSa kepada Peserta
Kajian.
ii. Peserta Kajian membina ayat majmuk gabungan secara
berkumpulan.
Dua ( II ) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan
Teknik SaPaHuSa dalam Jadual Petak tanpa memberikan
SLOLKDQNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμDWDX¶


Tiga ( III ) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan
Teknik SaPaHuSa dalam Jadual Petak dengan pilihan
NDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμDWDX¶

Empat ( IV ) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung
yang diberikan dengan bantuan garis lurus tanpa Jadual
Petak.

Lima ( V ) i. Membina ayat majmuk gabungan berdasarkan gambar
yang diberikan (Pengayaan)

Ujian pencapaian dilaksanakan setelah semua intervensi dijalankan bagi tujuan
kebolehpercayaan dan ketekalan data pengkaji. Kemudian, pengkaji merekodkan
data dengan memilih ujian penilaian yang terdiri daripada ujian diagnostik dan
pencapaian, analisis dokumen seperti lembaran kerja dan hasil kerja Peserta Kajian
semasa intervensi dan pemerhatian. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
triangulasi data dan mengukuhkan lagi kajian tindakan yang pengkaji laksanakan.


Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah anilisis dokumen
sebagai instrumen utama. Pengkaji menganalisis dokumen-dokumen yang terdiri
daripada lembaran-lembaran kerja Peserta Kajian semasa intervensi, rekod-rekod

Free download pdf