KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK BERDASARKAN
*$0%$5781**$/0(1**81$.$17(.1,.³6$2.. ́7(5+$'$3085,'
TAHUN 4

Nur Syamimi Binti Takhaiyudin, Noor Salawati Binti Abu Bakar

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat
majmuk berdasarkan gambar tunggal menggunakan teknik SAOKK terhadap murid Tahun 4.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Kajian
tindakan ini menggunakan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1948). Melalui tinjauan
awal, pengkaji mendapati daripada jumlah 10 orang murid, terhadap 5 orang murid yang
Tahun 4 yang lemah dalam perluasan ayat khususnya ayat majmuk. Justeru fokus kajian ini
menekankan penggunaan teknik jadual SAOKK dalam membina ayat majmuk yang gramatis.
Kajian ini telah menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra
dan ujian pos), analisis dokumen dan pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk. Berdasarkan dapatan kajian,
didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara daripada lemah
kepada baik dalam ujian pos. Hal ini membuktikan bahawa SAOKK berjaya membantu
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal.


Kata kunci : ayat majmuk, gambar tunggal, teknik SAOKK

Free download pdf