KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Kajian tindakan ini lebih menumpukan kepada masalah kemahiran menulis mekanis
di mana murid perlu menulis ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Kemahiran
menulis dirangkumkan dalam kemahiran membina ayat yang perlu dikuasai oleh
semua murid kerana ia merupakan salah satu aspek penting dalam Bahasa Melayu.
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid
perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini
memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan
jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Kemahiran menulis melihat kepada
keupayaan murid itu sendiri dalam menulis perkataan dan ayat serta bijak dalam
memberi idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Penguasaan kemahiran
menulis dalam kalangan murid akan melengkapkan diri mereka dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi.


Kajian ini dijalankan berdasarkan permasalahan murid dalam pembinaan ayat
majmuk jika bantuan seperti kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Amalan
memberikan pelajar perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun
demikian, amalan ini tidak digalakkan untuk murid kerana dapat mematikan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bahkan juga tidak dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat dalam penulisan, khasnya membina ayat tentang satu
topik. Kajian tindakan adalah amat sesuai bagi penyelidik yang ingin mengenal pasti
kelemahan dalam amalan pendidikan mereka. Apabila kelemahan dapat dikenal
pasti terlebih awal ke atas masalah yang dihadapi maka dapatlah diambil tindakan
segera. Ini adalah penting untuk merujuk masalah dalam konteks kajian tindakan
sebagai peluang penambahbaikan. Pengkaji telah menyedari tentang kewujudan
masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji mengambil keputusan untuk
menjalankan satu kajian untuk meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal yang menjadi satu masalah terhadap murid dalam
mengeluarkan idea.

Free download pdf