KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
FOKUS KAJIAN

Pelaksanaan teknik SAOKK sebagai tindakan untuk menyelesai masalah murid
dalam membina ayat majmuk tercetus hasil pengalaman pengkaji sendiri seaktu
melaksanakan sesi praktikum fasa dua yang lalu. Perkara ini didorong setelah
pengkaji melaksanakan ujian pra terhadap peserta kajian. Hasil ujian pra yang
dilaksanakan,didapati bahawa isu membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal sememangnya merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh murid tahun 4.
Penghasilan teknik SAOKK dilihat signifikan kerana teknik ini dihasilkan dengan
memfokuskan keseluruhan kriteria penting yang diperlukan bagi memastikan
masalah membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dapat diselesaikan.
Hal ini selaras dengan tuntutan yang digariskan dalam Standard Kandungan (SK) 5.3
Memahami dan membina ayat mengikut konteks dan khususnya pada Standard
Pembelajaran (SP) 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4.


Pengkaji memastikan bahawa teknik SAOKK yang dihasilkan ini dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dengan baik. Teknik SAOKK secara mudahnya merupakan jadual yang
dihasilkan dengan memperkenalkan rumus yang mudah dan sistematik. Rumus ini
adalah berbentuk jadual dan menggunakan akronim bagi setiap kotak dalam jadual
bagi mengenali penggunaan teknik tersebut. Pengintergrasian konsep rumus
sebagai tindakan diambil kerana rumus merupakan salah satu pendekatan yang
boleh memberikan impak positif kepada sesebuah pembelajaran di dalam kelas.
Zahratul Ibrahim (2012) membuktikan bahawa rumus yang digunakan bagi masalah
dalam sesi PdPc beliau dapat diselesaikan. Dalam konteks masalah ini, rumus efektif
bagi membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dihasilkan dalam bentuk
jadual.

Free download pdf