OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
i. Objektif Kajian
Objektif kajian tindakan ini dijalankan adalah :
3.1.1 Aktiviti-aktiviti intervensi meningkatkan kemahiran membina
ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dalam kalangan
murid Tahun 4 menggunakan Teknik SAOKK.
3.1.2 Mengenal pasti sama ada penggunaan Teknik SAOKK dapat
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan
gambar tunggal dalam kalangan murid Tahun 4.
ii. Soalan Kajian
Kajian ini dibuat untuk menjawab soalan seperti :
3.2.1 Adakah aktiviti-aktiviti intervensi dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan Teknik
SAOKK?
3.2.2 Adakah penggunaan Teknik SAOKK dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dalam kalangan murid Tahun 4?
PESERTA KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih 5 orang sebagai peserta kajian yang telah
dikenalpasti melalui pencapaian dalam lembaran kerja. Namun, pengkaji mendapati
bahawa 5 orang peserta ini mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk.
Maklumat peserta kajian adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian
Bilangan Peserta Prestasi Akademik
1 A Lemah
2 B Lemah
3 C Sederhana
4 D Lemah
5 E Sederhana