KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan beberapa kedah dalam kajian ini selepas intervensi
dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan iaah kaedah pemerhatian, kaedah
ujian pos dan keadah analisis dokumen.


Jadual 2 : Kaedah Pengumpulan Data


Soalan Kajian Cara Mengumpul Data

Bagaimanakah murid menguasai kemahiran
membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal menggunakan teknik SAOKK?

a) Pemerhatian
b) Analisis lembaran kerja

Adakah penggunaan teknik SAOKK dapat
meningkatkan mutu pengajaran pengkaji dalam
mengatasi masalah pembinaan ayat majmuk?

a) Ujian pra dan pasca
b) Analisis lemabaran kerja

Jadual 2 menunjukkan kaedah pengumpulan data dilakukan terhadap kajian ini.
Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan instrument kajian iaitu
pemerhatian, ujian pra dan pos serta analisis dokumen. Data-data daripada
instrumen itu akan dikumpul, direkod dan membuat perbandingan di antara data
sebelum intervensi dan selepas intervensi. Perbandingan data-data akhir ini akan
menjelaskan sama ada teknik SAOKK yang dihasilkan oleh pengkaji berkesan dalam
peningkatan kemahiran membina ayat majmuk. Kaedah data dikumpulkan bagi
setiap instrumen yang digunakan adalah seperti berikut :


i. Pemerhatian
Pengkaji memerhati peserta kajian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pemerhatian, pengkaji akan mendapat maklumat
secara terus daripada peserta kajian dengan melihat kepada tahap
penguasaan kemahiran membina ayat majmuk melalui lembaran kerja dan
tugasan yang diberikan.

ii. Analisis Lembaran Kerja
Pengumpulan data melalui analisis lembaran kerja dapat memberikan
maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Pengkaji
mengumpul latihan intervensi peserta kajian selepas intervensi untuk menilai
Free download pdf