9.0 REFLEKSI
Berdasarkan kajian ini, pengaplikasian Teknik SaPaHuSa dalam membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan
NDWD KXEXQJ μGDQ¶ GDQ μDWDX¶ EDJL 7DKXQ /LPD MHODV PHQXQMXNNDQ SHQLQJNDWDQ
Pelaksanaan Teknik SaPaHuSa ini adalah berdasarkan pelaksanaan latihan secara
berperingkat dan ini telah banyak membantu meningkatkan kemahiran Peserta
Kajian kajian membina ayat majmuk dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Hal ini
terbukti menerusi ujian-ujian penilaian yang dilakukan seperti ujian diagnostik dan
ujian pencapaian, pemerhatian, dan analisis dokumen seperti lembaran-lembaran
kerja Peserta Kajian semasa intervensi yang dilaksanakan. Melalui penyelidikan
tindakan ini juga, pengkaji telah dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenal
pasti dengan lebih sistematik.
Pelaksanaan kajian tindakan ini telah menyedarkan pengkaji bahawa setiap murid
mempunyai peluang yang sendiri untuk memperbaiki kelemahan mereka sekiranya
diberi bimbingan yang berterusan dan kaedah rawatan yang sesuai. Pengkaji turut
menyedari bahawa aplikasi SaPaHuSa dalam membina ayat majmuk membantu
pengkaji meningkatkan kemahiran Peserta Kajian membina ayat majmuk dengan
lebih baik. Selain menghasilkan inovasi kaedah pengajaran dalam topik ayat majmuk,
pengkaji juga dapat melihat Peserta Kajian berminat dengan penggunaan SaPaHuSa
semasa aktiviti membina ayat majmuk. Oleh itu, pemilihan fokus kajian yang berkisar
tentang kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun Lima ini
sangat sesuai.
10.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Dalam penyelidikan ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada peningkatan
NHPDKLUDQPHPELQDD\DWPDMPXNJDEXQJDQGDODPNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμDWDX¶EDJL
murid Tahun Lima sahaja. Kemahiran tersebut masih berada pada kemahiran aras
rendah. Pengkaji tidak menekankan struktur ayat yang gramatis memandangkan
Peserta Kajian dalam kajian ini disediakan binaan ayat dan kata hubung Kajian
lanjutan boleh dijalankan bagi peringkat kemahiran membina ayat majmuk yang
seterusnya. Salah satunya, teknik SaPaHuSa ini boleh diaplikasikan pada kata
hubung yang lain seperti lain, kerana, tetapi dan seumpamanya. Pengaplikasian
teknik ini masih sama jika ayat tunggal dan kata hubung disediakan. Jika pada