OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
- Mengenal pasti masalah menulis perenggan secara mekanis dalam karangan
bagi murid tahun 2. - Meningkatkan penguasaan murid menulis perenggan secara mekanis
dengan betul dan kemas menggunakan bahan bantu mengajar BiNet.
Soalan Kajian
- Apakah masalah menulis perenggan secara mekanis dalam karangan bagi
murid tahun 2? - Adakah bahan bantu mengajar BiNet membantu meningkatkan
penguasaan murid menulis perenggan secara mekanis dengan betul dan
kemas?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan tiga orang murid yang terdiri daripada dua orang murid
sederhana dan seorang murid lemah yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam kemahiran penulisan perenggan. Mereka terdiri daripada tiga orang
perempuan. Ketiga-tiga murid ini didapati mempunyai tahap kognitif yang baik
dan mampu memproses maklumat seiring dengan perkembangan kemajuan murid
perdana yang lain. Berdasarkan analisis kerja murid, pengkaji mendapati bahawa
ketiga-tiga peserta kajian menghadapi masalah dalam menulis perenggan secara
mekanis dengan betul. Pengkaji turut melaksanakan pemerhatian awal terhadap
murid bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran menulis
perenggan secara mekanis.
TINDAKAN
Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988) yang
menggunakan langkah empat kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Rajah 1 menunjukkan fasa-fasa dan
kitaran bagi Model Kemmis dan McTaggart.