KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart (1988)
Pada peringkat perancangan, pengkaji meninjau masalah pembelajaran.
Pengkaji merancang tindakan intervensi dengan menggunakan BBM BiNet.
Pengkaji memperkenalkan penggunaan BiNet kepada peserta kajian. Pengkaji
merancang pelaksanaan intervensi selama dua kali kelas PdP kemahiran menulis.
Peserta kajian perlu diberi pengukuhan secara latih tubi dan pengukuhan tentang
konsep menulis perenggan dengan menggunakan BiNet dengan berkesan. Pengkaji
mencipta BBM yang dinamakan BiNet hasil pengakroniman daripada perkataan
Bingkai Magnet. Bingkai merujuk kepada bentuk magnet yang berbingkai sebagai
panduan murid menulis pemerengganan dengan betul dan magnet merujuk kepada
alat yang mempunyai daya menarik logam-logam lain dan bersifat melekat. Magnet
dipilih sebagai bahan utama BBM kerana sifat melekat seperti permainan berupaya
menjadi menjadi daya penarik minat murid untuk belajar menulis perenggan.
Pengkaji juga merancang untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos. Data kedua-
dua ujian ini akan dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan tahap
peningkatan penguasaan peserta kajian dalam menulis perenggan secara mekanis
sekaligus menjawab persoalan kedua kajian.
Bagi pelaksanaan tindakan, pengkaji akan mengumpul data dan menetapkan
kaedah mengumpul data yang sesuai dengan kajian ini. Kaedah yang dipilih ialah
pemerhatian, ujian pra dan pos serta analisis dokumen. Pengkaji menggunakan
instrumen borang senarai semak pemerhatian. Setelah itu, pengkaji juga akan
menganalis dokumen melalui semakan buku tulis. Seterusnya, pengkaji
melaksanakan ujian pra dan pos terhadap peserta kajian yang akan mengambil
bahagian. Tindakan mengumpul data adalah untuk menentukan tahap penguasaan
tindakan setelah mengaplikasi kaedah yang dirancang.


Refleksi

Perancangan

Tindakan

Pemerhatian

Refleksi

Perancangan

Tindakan

Pemerhatian

Gelung 1
Cycle 1

Gelung 2
Cycle 2
Free download pdf