Masalah menulis perenggan merujuk kepada item 1 hingga 7 borang pemerhatian
senarai semak sebelum intervensi jadual 3.
Dapatan Persoalan Kajian 2
2EMHNWLI NDMLDQ LDODK μ0HQLQJNDWNDQ SHQJXDVDDQ PXULG PHQXOLV SHUHQJJDQ
secara mekanis dengan betul dan kemas menggunakan bahan bantu mengajar
%L1HW¶ 2OHK LWX SHPHUKDWLDQ GLUHNRGNDQ VHPDVD SHVHUWD NDMLDQ PHQJJXQDNDQ
BBM BiNet untuk melihat keberkesanan dan peningkatan murid menulis
perenggan semasa menggunakan BBM BiNet. Dapatan kajian sebagaimana
dalam jadual 5 menunjukkan peserta kajian menunjukkan peningkatan
penguasaan menulis perenggan secara mekanis dengan betul dan kemas
menggunakan bahan bantu mengajar BiNet. Ini kerana, keseluruhan item dalam
jadual pemerhatian dapat dicapai oleh peserta kajian.
Jadual 5: Dapatan pemerhatian objektif kajian 2
Kemahiran menulis perenggan secara mekanis semasa intervensi
Bil
Soalan
Jawapan
Ya
(%)
Tidak
(%)
1 Murid tertarik dengan BBM BiNet dan menunjukkan keterujaan
untuk menggunakan BBM BiNet.
100 0
2 Murid tahu menggunakan BiNet berdasarkan arahan guru.
100 0
3 Murid menggunakan kon bermagnet untuk menulis
penjarakkan mula perenggan dengan betul.
100 0
4 Murid menulis memenuhi ruang BiNet.
100 0
5 Murid tahu memindahkan BiNet mengikut kesesuaian baris
perenggan pada lembaran bergaris dengan betul.
100 0
6 Murid menulis keseluruhan karangan dengan penampilan
pemerenggan yang betul.
100 0
Dapatan ujian pra dan ujian pos akan dipersembahkan dalam bentuk
peratusan. Jadual 6 menunjukkan dapatan skor peratusan dan peratus kenaikan
ujian pos. Berikut merupakan rajah peningkatan peratusan hasil ujian pra dan
ujian pos peserta kajian. Rajah 3 menunjukkan peningkatan 100% yang positif
bagi ujian pos.