KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI

Penggunaan BBM Binet ternyata berkesan dan bertepatan dengan pandangan
Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati, Adnan Jusoh (2021), penggunaan BBM sangat
penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara
berkesan. Di samping itu, penggunaan BBM Binet turut menyumbang kepada
peningkatan penguasaan masalah yang dijalankan. Hasil dapatan kajian
membuktikan bahawa murid telah belajar menulis pemerengganan dengan betul
dalam penghasilan sesebuah karangan. BBM BiNet dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis perenggan secara mekanis bagi murid yang
lemah menulis karangan berperenggan. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
tindakan yang dijalankan, peserta kajian telah menunjukkan minat yang mendalam
untuk menggunakan BiNet yang diperkenalkan pada mereka. Peserta kajian
kelihatan teruja dan mempamerkan sifat ingin tahu kepada kegunaan BBM BiNet
apatah lagi apabila pengkaji menunjukkan papan BiNet kepada mereka. Intervensi
menggunakan BiNet menyediakan peserta kajian dengan pengalaman
menggunakan bahan maujud dan aktiviti hands-on iaitu belajar sambil bermain
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tertarik dengan
hiasan BiNet yang bewarna-warni. Murid juga diberi peluang memilih BiNet yang
mereka suka. Teknik permainan pada BiNet juga menambah minat murid iaitu
magnet yang melekat serta tajuk BiNet yang boleh lekat secara mudah alih.
Peserta kajian diberi peluang bermain dengan menggerakkan bingkai magnet
pada tempat yang betul untuk menulis perenggan.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Rajah 4: Cadangan Tindakan Susulan

Menamba
h bilangan
peserta
kajian
Menambah
baik
ketahanan
bahan

Menambah
unsur
permainan

Diperkemb
ang ke
peringkat
lebih tinggi
Free download pdf