Pada masa akan datang, pengkaji boleh membuat penambahbaikan pada
BBM Bingkai Magnet (BiNet) agar boleh digunakan ke peringkat yang lebih tinggi.
BiNet boleh ditambahbaik untuk kegunaan murid tahun 4 dan 5 sebagai
permulaan menulis karangan secara mentalis yang memerlukan murid melahirkan
idea bagi isi, huraian dan contoh yang mantap. Sebagai contoh, setiap ruang baris
pada BiNet boleh dimanfaatkan dengan cara membahagikan baris-baris BiNet
kepada baris huraian contoh, dan baris huraian isi. Ruang baris Binet pertama
merupakan huraian isi manakala ruang baris BiNet kedua merupakan huraian
contoh dalam karangan. Hal ini dapat membantu kepada pengembangan idea dan
proses membina sebuah perenggan yang penuh dengan isi.
Malah, pengkaji juga ingin menambahbaik dari segi kualiti BBM Binet
dengan menggunakan bahan magnet yang lebih melekat. Bahan-bahan juga
dapat ditambahbaik dengan bahan yang lebih tahan lasak dan tahan lama. Di
samping itu, bahan yang digunakan berkos rendah dan mudah untuk dicari. Selain
itu, pengkaji juga ingin memperbanyakkan aktiviti permainan serta memasukkan
unsur nyanyian bagi langkah-langkah intervensi dijalankan. Unsur nyanyian akan
menambahkan lagi kegembiraan semasa menulis, mudah mengingat dan
menimbulkan motivasi semasa menulis. Malahan itu, unsur permainan juga boleh
ditambah seperti bahan yang boleh bergerak-gerak atau bergerak dengan sendiri
menggunakan teknologi robotik pada BBM bagi menaikkan minat dan motivasi
murid.
Cadangan berikutnya adalah dengan menggunakan bilangan murid yang
lebih besar untuk dikaji bagi melihat keberkesanan penggunaan BBM BiNet dalam
membantu murid lemah menulis karangan berperenggan. Hal ini suapaya kajian
yang diperolehi akan lebih tepat dan sukar untuk disangkal mana-mana pihak. Jika
lebih ramai peserta kajian dalam lingkungan 20 hingga 30 orang, maka data-data
kualitatif seperti tingkah laku dan minat murid menulis perenggan akan lebih tepat,
jelas dan dipercayai. Sehubungan dengan itu, pengkaji berharap agar kajian
tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini malah akan ditambahbaik dan
diteruskan pada masa akan datang.