Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 2 Membina Ayat Majmuk Gabungan
Menggunakan Teknik CaPoGa
Nurazillawatilazwa Atiqah Binti Morni, Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk
PHQJJXQDNDQ7HNQLN&D3RD7HNQLN&D3RDEHUPDNVXGWHNQLN³FDULSRWRQJGDQ
JDEXQJ ́ \DQJ PHUXSDkan langkah - langkah penggunaan teknik ini dengan
berbantukan alat. Terdapat tiga orang peserta kajian yang terdiri daripada murid
Tahun 2 yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
berdasarkan ujian diagnostik untuk memilih peserta kajian. Hasil tinjauan awal
mendapati peserta kajian tidak menguasai konsep pengguguran subjek yang sama
menurut Teori Transformasi Generatif dalam ayat tunggal untuk membentuk ayat
majmuk. Kajian ini dijalankan menggunakan analisis gabungan (mixed method) iaitu
kajian yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini juga dilaksanakan
dengan berpandukan reka bentuk model Kurt Lewin (1948). Teknik CaPoGa telah
dihasilkan dan dijelmakan dalam bentuk alat bantu iaitu Beluncas CaPoGa.
Pengumpulan data terhasil daripada ujian awal dan akhir serta borang senarai
semak. Dapatan kajian memperlihatkan semua peserta kajian yang dipilih
menunjukkan peningkatan dan penguasaan. Hasil kajian ini telah membuktikan
bahawa teknik CaPoGa dapat membantu murid meningkatkan penguasaan membina
ayat majmuk dengan betul mengikut konteks.
Kata Kunci : Teknik CaPoGa, ayat majmuk gabungan, pengguguran subjek, Teori
Transformasi Generatif, analisis gabungan, Model Kurt Lewin (1948)