KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

frasa nama sebagai subjek dan unsur berturutan yang sama dengan betul. Perkara
seperti ini menjadi satu kelemahan yang mempengaruhi prestasi murid. Berbalik
kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah diulas, guru perlu
sedar bahawa murid perlu dilatih untuk mengembangkan idea membina ayat majmuk
daripada ayat tunggal.


OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk


i) Meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 membina ayat majmuk gabungan
menggunakan teknik CaPoGa


ii) Meningkatkan minat murid Tahun 2 membina ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan teknik CaPoGa


SOALAN KAJIAN

i) Adakah teknik CaPoGa dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 2
membina ayat majmuk gabungan mengikut konteks?


ii) Adakah murid Tahun 2 dapat meningkatkan minat mereka dalam membina
ayat majmuk gabungan menggunakan Teknik CaPoGa?


PESERTA KAJIAN

Pengkaji memilih tiga peserta kajian daripada murid Tahun 2 di sekolah kebangsaan
sekitar Tuaran, Sabah untuk terlibat dalam kajian ini. Rata ± rata peserta ini
mempunyai masalah menggabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk dengan
betul di samping kurang responsif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji mengesan dan memilih peserta kajian melalui ujian diagnostik yang
dijalankan serentak kepada semua murid. Setelah selesai sesi penyemakan hasil
kerja murid, pengkaji mengesan beberapa orang murid yang agak ketinggalan
dengan rakan ± rakan yang lain dalam membina ayat majmuk gabungan daripada
dua ayat tunggal.

Free download pdf