KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
METODOLOGI KAJIAN

a) Ujian Awal Dan Ujian Akhir


Ujian awal telah diberikan kepada murid sebelum teknik CaPoGa diaplikasikan untuk
meningkatkan penguasaan murid membina ayat majmuk gabungan. Ujian ini terdiri
daripada 10 soalan yang merangkumi 10 set ayat tunggal. Hasil daripada ujian
tersebut, pengkaji melakukan analisis lembaran kerja untuk mengesan masalah
dengan lebih terperinci selepas ujian diagnostik yang dilakukan sebagai
pengumpulan data awal. Ketiga - tiga murid akan dipilih sebagai peserta kajian
untuk mengaplikasikan teknik CaPoGa. Ujian akhir ini pula akan diberikan setelah
pengkaji menjalankan tindakan berbantukan Set CaPoGa. Keputusan dan
perbandingan skor murid sebelum dan selepas tindakan akan diinterpretasikan
menggunakan peratusan carta pai, graf bar dan jadual min markah.


b) Analisis Lembaran Kerja


Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang
relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang
paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada
dan sukar untuk dimanipulasi. Analisis lembaran kerja akan digunakan untuk
mengumpul data dalam pelaporan kajian tindakan ini.


c) Pemerhatian


Kaedah pemerhatian yang telah digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur.
Menurut Ting Len Siong (2013), kaedah pemerhatian merupakan kaedah paling anjal.
Hal ini kerana seseorang pengkaji dapat menjalankan kajian tanpa sebarang soalan
atau kayu ukur. Dalam kaedah ini, pengkaji telah melakukan pemerhatian kepada
perubahan tingkah laku peserta yang menjurus kepada aspek minat dalam membina
ayat majmuk gabungan. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah ini sesuai digunakan
dalam penyelidikan kerana pengkaji boleh menetapkan sendiri aspek dan kriteria
pemerhatian yang berfokus kepada minat murid. Pengkaji telah mengumpul data
melalui interpretasi data senarai semak yang disediakan oleh pengkaji.

Free download pdf