KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

a) Adakah teknik CaPoGa dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 membina
ayat majmuk gabungan mengikut konteks?


Rajah 1 Perbandingan Markah Ujian Awal dan Akhir

PK 1 telah memperolehi markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal. Dalam ujian
akhir pula, PK 1 telah memperoleh markah sebanyak 100 peratus yang menjadikan
peningkatan yang diperolehi oleh PK 1 sebanyak 30 peratus. PK 2 memperolehi
markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal kemudian diikuti dengan markah
sebanyak 90 peratus dalam ujian akhir. Ini menjadikan PK 2 meningkat sebanyak 20
peratus. PK 3 pula memperolehi markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal. PK
3 mengalami peningkatan sebanyak 30 peratus dalam ujian akhir yang membawa
markah sebanyak 100 peratus. Min peratusan markah ujian awal iaiah 70 peratus
manakala min markah ujian akhir ialah 96.67 peratus. Maka peningkatan markah
yang berlaku ialah 26.67 peratus.


0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

PK1

PK2

PK3

Markah Ujian Awal dan Akhir


Ujian Akhir Ujian Awal
Free download pdf