KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

b) Dapatan Analisis Data Pemerhatian Berstruktur



  1. Adakah murid Tahun 2 dapat meningkatkan minat mereka dalam membina ayat
    majmuk gabungan menggunakan Teknik CaPoGa?


Rajah 3 Pemerhatian Kekerapan PK Sebelum Tindakan

Rajah 3 menunjukkan hasil pemerhatian sebelum tindakan dijalankan ke atas ketiga
± tiga peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa kesemua peserta kebanyakannya berada pada tahap lemah
untuk minat membina ayat majmuk gabungan. Bagi item 1 iaitu perasaan suka murid
membina ayat majmuk gabungan yang lengkap, seorang peserta kajian berada pada
tahap amat lemah iaitu murid kurang gemar membina ayat majmuk yang lengkap.
Dua daripada peserta kajian berada tahap lemah bagi item ini iaitu dengan
justifikasinya murid gemar membina ayat majmuk namun tidak lengkap. Item 2
menunjukkan ketiga ± tiga peserta kajian berada pada tahap lemah iaitu PK
menunjukkan mimik muka kebosanan apabila menyiapkan tugasan membina ayat
majmuk. Item 3 juga menunjukkan PK berada pada tahap lemah iaitu ketiga ± tiga
peserta kajian menyiapkan tugasan membina ayat majmuk secara sambil lewa.
Perkara ini sangat dipengaruhi oleh minat murid membina ayat majmuk gabungan.
Item 4 pula menunjukkan seorang peserta kajian berada tahap amat lemah iaitu PK
tidak berminat menggunakan bahan bantu guru manakala dua orang lagi berada
tahap lemah PK menggunakan bahan bantu mengajar guru namun tidak secara
keseluruhan. Bagi item 5, dua orang PK berada tahap amat lemah. Dua orang PK


0

1

2

3

AML MMG BAS BBM AAM

Hasil Pemerhatian Minat PK Sebelum Tindakan


Amat Lemah Lemah Baik Amat Baik
Free download pdf