merupakan murid yang pasif dan tidak responsif sepanjang aktiviti membina ayat
majmuk. Seorang PK pula berada tahap lemah iaitu pasif sepanjang aktiviti membina
ayat majmuk.
Rajah 4 Pemerhatian Kekerapan PK Selepas Tindakan
Rajah 4 menunjukkan hasil pemerhatian setelah tindakan dijalankan ke atas ketiga ±
tiga peserta kajian. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kesemua peserta kajian
mengalami peningkatan yang positif ke arah mendorong minat mereka untuk
membina ayat majmuk gabungan. Setelah tindakan dijalankan pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa kesemua peserta kebanyakannya berada pada tahap baik
dan amat baik untuk minat membina ayat majmuk gabungan. Namun masih terdapat
beberapa kelakuan murid yang perlu diatasi iaitu sikap pemalu murid terhadap guru
dan rakan ± rakan.
0
1
2
3
AML MMG BAS BBM AAM
Hasil Pemerhatian Minat PK Selepas Tindakan
Amat Lemah Lemah Baik Amat Baik