Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Dengan Jarak
Dalam Ayat Menggunakan Alat PeJaMA Bagi Murid Tahun 2
Nurina Qistina Binti Zanil, Simon Bin Gihol
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis dengan menjarakkan perkataan
demi perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2 dengan menggunakan alat PeJaMA. Tujuan
dan objektif ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan dan meningkatkan
kemahiran menulis dengan penjarakan antara perkataan demi perkataan dalam ayat
menggunakan alat PeJaMA bagi tahun 2. Peserta kajian melibatkan seramai empat orang
murid tahun dua dari sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Kajian
ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948). Pengkaji menggunakan dua
instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu pemerhatian dan ujian (ujian pra dan ujian pasca).
Tindakan telah dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam menulis
dengan menjarakkan perkataan dalam ayat. Hasil dapatan kajian didapati bahawa peserta
kajian menunjukkan peningkatan terutamanya dalam ujian pasca serta peningkatan aspek
pemerhatian. Selain itu, alat PeJaMA membuktikan keberkesanan alat PeJaMA sebelum dan
selepas diaplikasikan dalam pengajaran dan pengajaran. Penggunaan alat PeJaMA ini
disarankan untuk peserta kajian yang menghadapi masalah menulis dengan jarak dan kemas
dalam ayat dalam pengajaran bahasa. Hal ini membuktikan bahawa alat PeJaMA berjaya
mengatasi masalah peserta kajian dalam menulis tanpa penjarakan antara perkataan dalam
ayat.
Kata kunci: kemahiran menulis, tahun 2, alat PeJaMA, tindakan, menulis dengan penjarakan